Tuesday 17 February 2015

SEKITAR SESI PEMILIHAN DAN LATIHAN KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS 2015

SESI PEMILIHAN DAN LATIHAN OLAHRAGA P.KHAS 2015

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca =)
Ruangan pada kali ini akan menceritakan tentang sesi pemilihan bagi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas 2015 serta siri-siri latihan yang telah dilalui oleh murid-murid sempena persediaan sebelum kejohanan sebenar berlangsung tidak lama lagi.

Sesi latihan pertama telah dijalankan pada hari Selasa yang lepas bagi memilih murid-murid Pendidikan Khas yang berpotensi dan berkeupayaan untuk menyertai acara-acara balapan seperti 100 meter lelaki dan perempuan, 200 meter lelaki dan perempuan, 400 meter lelaki dan perempuan serta 4 x 100 meter lelaki dan perempuan. 

Guru-guru telah membuat saringan dan pemilihan dari aspek kategori murid dan keupayaan kesihatan murid-murid bagi melayakkan mereka untuk menyertai kejohanan kelak. Sesi pemilihan telah berjalan dengan lancar dan murid-murid telah dipilih bagi setiap acara yang akan dipertandingkan. Latihan yang lebih intensif akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk membiasakan diri mereka menjalankan latihan di atas trek atau balapan yang sebenar di samping membiasakan mereka kepada situasi sebenar semasa kejohanan kelak.

Berikut merupakan gelagat-gelagat murid-murid Pendidikan Khas semasa sesi pemilihan dan latihan balapan dijalankan tempoh hari =)

Cikgu Maszelin sedang memberikan taklimat sebelum memulakan latihan.

Guru sedang memberikan panduan kepada murid untuk memulakan larian.

Murid tekun menddengar arahan guru.

Adik Alifie sedang menjalani latihan bagi acara lontar peluru di bawah bimbingan guru.

Cikgu Norhayati sedang memantau keselamatan murid-murid.

Murid-murid sedang mendengar arahan sebelum memulakan latihan.





No comments:

Post a Comment