Tuesday 17 February 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada para pembaca blog PPKI SK Taman Desa 2 yang sentiasa setia dan tidak pernah jemu menjenguk ruangan ceritera kami =)

Bertemu kita pada tahun 2015 yang serba indah dan yang kian mencabar dari hari ke hari. Tirai 2014 telah melabuhkan tirainya dan segala kenangan dan memori yang telah dilalui akan tetap terpahat dalam ingatan warga PPKI SKTD 2 sampai bila-bila.

Sebagai permulaan kepada pembuka tahun baharu ini, warga PPKI SKTD 2 telah memulakan aktiviti di sekolah dengan kegiatan kokurikulum iaitu acara merentas desa yang menjadi acara wajib pada setiap tahun. Murid-murid Pendidikan Khas juga tidak terkecuali dari menyertai aktiviti ini dan guru-guru telah menghantar seramai 10 orang wakil murid-murid yang berpotensi dan berkeupayaan untuk berlari bagi jarak yang jauh. Bagi pengetahuan para pembaca, pihak sekolah telah menjalankan latihan merentas desa pertama kali yang telah diadakan pada 16 Januari 2015 iaitu pada haria hari Jumaat, kemudian diikuti dengan acara raptai yang telah berlangsung pada 20 Januari 2015 iaitu pada hari Selasa dan seterusnya kejohanan yang sebenar telah dilaksanakan pada 22 Januari iaitu bersamaan dengan hari Khamis. 

Kejohanan tersebut telah bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang serta diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang. Murid-murid begitu bersemangat semasa larian dan mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menamatkan larian dengan jayanya. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid-murid yang telah menjayakan Kejohanan Merentas Desa 2015 dengan penuh berdedikasi dan berdisiplin. Diharapkan agar kejohanan ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan cemerlang pada tahun mendatang. Sekian, terima kasih =)


Turut dipaparkan potret-potret wajah dan suasana sepanjang berlangsungnya kejohanan tempoh hari =)


Sebahagian peserta yang gigih meneruskan larian.

Guru mengawasi larian murid-murid.

Gelagat murid semasa larian berlangsung.

Murid sempat memberikan senyuman walaupun penat berlari.

Murid-murid diawasi oleh guru yang bertugas semasa larian.

Cikgu Afiqah bergambar bersama murid Pendidikan Khas yang menyertai kejohanan.

Murid-murid Pendidkan Khas memberikan senyuman kegembiraan bersama medal yang dimenangi.

Antara guru yang hadir memberikan sokongan semasa kejohanan.

Murid-murid berkumpul di dewan terbuka untuk Majlis Penyampaian Hadiah.

Murid-murid berehat sambil menunggu acara penyampaian hadiah berlangsung.

Adik Shashinita bersama medal kemenangannya. Tahniah! =)

Adik Arif bersama medal kemenangannya. Tahniah! =)

Adik Iskandar bersama medal kemenangannya. Tahniah! =)

Tahniah adik Hakimi! =)

Tahniah adik Amiruddin! =)

Tahniah kepada para pemenang =)

Gembira =)

Syabas diucapkan kepada semua! =)

Detik kegembiraan =)

No comments:

Post a Comment