Thursday 26 February 2015

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PRASARANA PPKI


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua para pembaca blog PPKI SK Taman Desa 2 yang dikasihi sekalian =)

Terima kasih diucapkan kerana saudara dan saudari sudi meluangkan masa untuk membaca coretan demi coretan yang kami telah sediakan saban hari. Entri pada kali ini adalah berkenaan dengan Majlis Penyerahan Sumbangan Prasarana PPKI yang telah berlangsung pada jam 11 pagi di Taman Permata Hatiku pada harini ini, 26 Februari 2015. Sebagai makluman para pembaca, Syarikat Jalur Cahaya telah bermurah hati untuk memberikan sumbangan kemudahan seperti peti ais, kipas dinding, televisyen dan penghawa dingin kepada pihak PPKI sebagai usaha untuk memberikan keselesaan yang lebih baik terutamanya kepada murid-murid istimewa ini semasa berada di sekolah. Tambahan lagi, pihak syarikat Jalur Cahaya sudah pernah memberikan sumbangan dan pihak PPKI amatlah berbesar hati kerana pihak syarikat tersebut masih mahu menghulurkan sumbangan prasarana dan hal ini amatlah disambut baik oleh semua pihak.

Majlis penyerahan telah dimulakan dengan ucapan GPK Pendidikan Khas iaitu Encik Mohamad Zaidi bin Hj. Asmawi dan kemudian disusuli dengan ucapan wakil syarikat Jalur Cahaya. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan momen penyerahan sumbangan prasarana dan diakhiri dengan jamuan di kantin sekolah. 

Murid-murid sangat teruja dan gembira untuk memanfaatkan setiap sumbangan prasarana yang diberikan kepada mereka dan di harap agar mereka dapat menggunakannya dengan sebaik yang mungkin serta boleh membantu mereka untuk belajar dengan lebih tekun di masa akan datang. 

Akhir kalam, warga PPKI SK Taman Desa 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Syarikat Jalur Cahaya di atas sumbangan prasarana yang telah diberikan demi keselesaan anak-anak istimewa ini. Semoga usaha dan niat murni pihak syarikat tersebut akan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah SWT. 

Ucapan alu-aluan oleh GPK P.Khas, Encik Mohamad Zaidi b. Hj. Asmawi

Murid tekun mendengar ucapan yang disampaikan.


GPK PK menerima sumbangan daripada wakil Syarikat Jalur Cahaya.

Antara sumbangan yang disampaikan pada pagi tadi.

Alhamdulillah di atas sumbangan.

Sumbangan Televisyen LED.

Momen penyerahan berjalan dengan lancar.

Murid-murid PPKI SKTD 2 bergambar bersama wakil Syarikat Jalur Cahaya.

Terima kasih! =)

Terima kasih! =)

Murid-murid seronok dengan sumbangan yang disampaikan.

Terima kasih! =)

Terima kaih! =)

Antara sumbangan prasarana yang diberikan kepada PPKI.

Terima kasih daun keladi =)

Terima kasih daun keladi =)

Syukur.








No comments:

Post a Comment