Thursday 26 February 2015

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PRASARANA PPKI


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua para pembaca blog PPKI SK Taman Desa 2 yang dikasihi sekalian =)

Terima kasih diucapkan kerana saudara dan saudari sudi meluangkan masa untuk membaca coretan demi coretan yang kami telah sediakan saban hari. Entri pada kali ini adalah berkenaan dengan Majlis Penyerahan Sumbangan Prasarana PPKI yang telah berlangsung pada jam 11 pagi di Taman Permata Hatiku pada harini ini, 26 Februari 2015. Sebagai makluman para pembaca, Syarikat Jalur Cahaya telah bermurah hati untuk memberikan sumbangan kemudahan seperti peti ais, kipas dinding, televisyen dan penghawa dingin kepada pihak PPKI sebagai usaha untuk memberikan keselesaan yang lebih baik terutamanya kepada murid-murid istimewa ini semasa berada di sekolah. Tambahan lagi, pihak syarikat Jalur Cahaya sudah pernah memberikan sumbangan dan pihak PPKI amatlah berbesar hati kerana pihak syarikat tersebut masih mahu menghulurkan sumbangan prasarana dan hal ini amatlah disambut baik oleh semua pihak.

Majlis penyerahan telah dimulakan dengan ucapan GPK Pendidikan Khas iaitu Encik Mohamad Zaidi bin Hj. Asmawi dan kemudian disusuli dengan ucapan wakil syarikat Jalur Cahaya. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan momen penyerahan sumbangan prasarana dan diakhiri dengan jamuan di kantin sekolah. 

Murid-murid sangat teruja dan gembira untuk memanfaatkan setiap sumbangan prasarana yang diberikan kepada mereka dan di harap agar mereka dapat menggunakannya dengan sebaik yang mungkin serta boleh membantu mereka untuk belajar dengan lebih tekun di masa akan datang. 

Akhir kalam, warga PPKI SK Taman Desa 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Syarikat Jalur Cahaya di atas sumbangan prasarana yang telah diberikan demi keselesaan anak-anak istimewa ini. Semoga usaha dan niat murni pihak syarikat tersebut akan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah SWT. 

Ucapan alu-aluan oleh GPK P.Khas, Encik Mohamad Zaidi b. Hj. Asmawi

Murid tekun mendengar ucapan yang disampaikan.


GPK PK menerima sumbangan daripada wakil Syarikat Jalur Cahaya.

Antara sumbangan yang disampaikan pada pagi tadi.

Alhamdulillah di atas sumbangan.

Sumbangan Televisyen LED.

Momen penyerahan berjalan dengan lancar.

Murid-murid PPKI SKTD 2 bergambar bersama wakil Syarikat Jalur Cahaya.

Terima kasih! =)

Terima kasih! =)

Murid-murid seronok dengan sumbangan yang disampaikan.

Terima kasih! =)

Terima kaih! =)

Antara sumbangan prasarana yang diberikan kepada PPKI.

Terima kasih daun keladi =)

Terima kasih daun keladi =)

Syukur.








Wednesday 18 February 2015

AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB KEUSAHAWANAN)

AKTIVITI KELAB KEUSAHWANAN

KUMPULAN 1 - MENGGORENG SOSEJ BUNGA DAN KENTANG

Pada 10 Februari 2015 bersamaan dengan hari Selasa yang lalu, Kelab Keusahawanan PPKI SKTD 2 telah menjalankan aktiviti kokurikulum yang diketuai oleh Kumpulan Satu. Pada perjumpaan yang pertama ini, kumpulan satu telah membuat aktiviti menggoreng sosej bunga dan kentang. Puan Mazni yang merupakan ketua kumpulan telah menunjukkan cara-cara untuk menggoreng sosej bunga dan kentang dengan langkah yang betul serta selamat agar tidak berlaku sebarang kecederaan di dapur.

Murid-murid berasa amat teruja dan tertarik untuk mempelajari cara menggoreng sosej bunga dan kentang dengan cara yang betul dan selamat. Mereka telah menumpukan sepenuh perhatian serta menunjukkan minat yang tinggi apabila rata-rata murid mahu mencuba menggoreng dan membantu guru menyediakan makanan tersebut. Hal ini amat membantu mereka untuk lebih terdedah dengan kemahiran memasak dan boleh diaplikasikan di rumah mereka kelak. 

Aktiviti tersebut telah diakhiri dengan sesi menjamu selera bersama-sama dan membersihkan tempat memasak secara bergotong-royong. Akhir kata, aktiviti sebegini dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada murid-murid Pendidikan Khas supaya mereka dapat berdikari dan membuat kerja-kerja di dapur secara individu namun masih berada di bawah pengawasan ibu dan bapa atau penjaga.

Mari kita lihat panorama dan aksi murid-murid semasa menjalankan aktiviti memasak ini =)

Murid-murid mengambil tempat sebelum aktiviti bermula.

Ketua Kumpulan Satu, Puan Mazni sedang memberi taklimat mengenai penyediaan alatan memasak.

Murid-murid tekun mendengar arahan yang diberikan guru.

Puan Mazni menunjukkan cara untuk menggoreng sosej dengan betul.

Guru dan murid tekun melihat sesi memasak yang sedang dijalankan.

Sebahagian guru-guru PPKI SKTD 2 yang sentiasa ceria.

Puan Mazni menujukkan cara untuk membentuk sosej bunga.

Puan Tengku Surina bersama murid-murid.

Puan Norazraha sedang memantau murid PPKI.

Sesi memasak sedang berjalan.

Tekun.

Murid-murid tidak sabar untuk memasak.

Puan Mazni sedang menunjukkan cara menggoreng sosej.

Murid-murid memberi perhatian semasa aktiviti berlangsung.

Sashinita mencuba untuk menggoreng sosej di bawah bimbingan Puan Mazni.

Seronok.

Goreng jangan tak goreng =)

Guru-guru sibuk menggoreng sosej.

Menyelerakan =)

Haziq juga mahu mencuba untuk menggoreng.

Hasil murid-murid.

Suasana semasa aktiviti menggoreng.

Iskandar tidak melepaskan peluang untuk turut mencuba.

Memang berbakat.

Arif Farhan sempat memberikan senyuman di samping Puan Fauziah.

Menarik =)

Ummu Habibah sedang menunggu giliran untuk memasak.

Mereka seronok =)

Menggoreng kentang.

Bakat terpendam di dapur.

Tuesday 17 February 2015

SEKITAR SESI PEMILIHAN DAN LATIHAN KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS 2015

SESI PEMILIHAN DAN LATIHAN OLAHRAGA P.KHAS 2015

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca =)
Ruangan pada kali ini akan menceritakan tentang sesi pemilihan bagi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas 2015 serta siri-siri latihan yang telah dilalui oleh murid-murid sempena persediaan sebelum kejohanan sebenar berlangsung tidak lama lagi.

Sesi latihan pertama telah dijalankan pada hari Selasa yang lepas bagi memilih murid-murid Pendidikan Khas yang berpotensi dan berkeupayaan untuk menyertai acara-acara balapan seperti 100 meter lelaki dan perempuan, 200 meter lelaki dan perempuan, 400 meter lelaki dan perempuan serta 4 x 100 meter lelaki dan perempuan. 

Guru-guru telah membuat saringan dan pemilihan dari aspek kategori murid dan keupayaan kesihatan murid-murid bagi melayakkan mereka untuk menyertai kejohanan kelak. Sesi pemilihan telah berjalan dengan lancar dan murid-murid telah dipilih bagi setiap acara yang akan dipertandingkan. Latihan yang lebih intensif akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk membiasakan diri mereka menjalankan latihan di atas trek atau balapan yang sebenar di samping membiasakan mereka kepada situasi sebenar semasa kejohanan kelak.

Berikut merupakan gelagat-gelagat murid-murid Pendidikan Khas semasa sesi pemilihan dan latihan balapan dijalankan tempoh hari =)

Cikgu Maszelin sedang memberikan taklimat sebelum memulakan latihan.

Guru sedang memberikan panduan kepada murid untuk memulakan larian.

Murid tekun menddengar arahan guru.

Adik Alifie sedang menjalani latihan bagi acara lontar peluru di bawah bimbingan guru.

Cikgu Norhayati sedang memantau keselamatan murid-murid.

Murid-murid sedang mendengar arahan sebelum memulakan latihan.