Tuesday 29 April 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2014


Pada 25 hingga 27 April yang lalu, telah berlangsung suatu Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah dan telah turut disertai oleh seramai sepuluh orang murid PPKIBP dan BD. Perkhemahan pada kali ini telah diadakan di SK Taman Desa 2 untuk julung-julung kalinya dan merupakan suatu pengalaman baharu bagi setiap murid apabila mereka berpeluang merasai tidur di dalam khemah. Ternyata mereka sangat seronok dan teruja untuk melalui setiap aktiviti sepanjang tiga hari berada di tapak perkhemahan.

Terdapat beberapa aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang tiga hari perkhemahan antaranya ialah, sesi 'ice breaking' pada hari pertama, aktiviti memasak, malam kebudayaan, dan 'night walk'. Kesemua peserta perkhemahan telah menunjukkan disiplin diri yang baik dan semangat kerjasama yang jitu antara setiap kumpulan serta mampu menonjolkan peibadi yang berhemah semasa menjalankan setiap aktiviti yang dianjurkan. 

Mari kita lihat antara momen-momen menarik yang sempat dirakamkan oleh guru-guru sepanjang tiga hari dua malam aktiviti perkhemahan berlangsung ^___^

Pertandingan memasak =)

khusyuknya mereka =)

Tekun!

sebahagian peserta perkhemahan bersama dengan hidangan ciptaan mereka =)


Antara peserta daripada murid PPKIBP =)





Solat maghrib secara berjemaah =)

Peserta menjamu selera di kantin sekolah =)

Sebahagian khemah para peserta =)


Semoga perkhemahan seperti ini akan dapat dijalankan di masa-masa akan datang demi melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan bersemangat juang yang tinggi =)

No comments:

Post a Comment