Monday 28 April 2014

 MTQ PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua =)
Pada tanggal 23 April 2014 bersamaan dengan hari Rabu yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas bagi peringkat Daerah  Gombak 2014 dengan jayanya. MTQ tersebut telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 dan insyaALLAH, SK Taman Desa 2 juga bakal menjadi tuan rumah bagi peringkat Negeri Selangor pula pada 6 Mei ini. 

Antara acara-acara yang telah dipertandingkan adalah seperti Pertandingan Bercerita Kisah Dalam Al-Quran (BD dan BP), Pertandingan Hafazan Al-Quran, Pertandingan Azan Subuh, Pertandingan Khat Jawi, dan Pertandingan Nasyid. Sekolah Kebangsaan Taman Desa 2 turut tidak ketinggalan untuk menghantar wakil bagi setiap pertandingan yang telah dijalankan.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadhrat Illahi kerana wakil murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) dan Bermasalah Dengar (BD) SK Taman Desa 2 telah berjaya merangkul kejuaraan dan tempat dalam beberapa  pertandingan yang dianjurkan. Antara kemenangan besar yang berjaya di ungguli adalah johan Pertandingan Azan Subuh, tempat ketiga bagi Pertandingan Nasyid dan Pertandingan Bercerita Kisah Dalam Al-Quran bagi BD. 

Mari kita lihat antara momen-momen yang sempat dirakamkan oleh guru-guru PPKIBP SKTD 2 sebelum, semasa dna selepas pertandingan berlangsung ^^
Majlis penyampaian hadiah juga telah diadakan di sekolah pada perhimpunan hari ini dan telah disempurnakan oleh Guru Besar SKTD 2, Cik Aminah bt Said dengan diiringi oleh GPK PPKIBP, En. Mohamad Zaidi bin Hj. Asmawi.

Riak wajah gembira yang telah ditunjukkan oleh peserta kumpulan nasyid bersama dengan piala yang telah dimenangi =)

Bergambar bersama PPM sebelum berangkat ke SMK Tamand Desa 2 =)


Majlis penyampaian hadiah kepada para pememnang =)



Majlis penyampaian hadiah dijalankan pada perhimpunan mingguan yang disampaikan oleh Guru Besar, Cik Aminah =)







Daniel Ezekial bersama trofi kejuaraan bagi Pertandingan Azan Subuh =)



No comments:

Post a Comment