Tuesday 29 April 2014

KITA MINUM DULU!!!

MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT! =D

SK TAMAN DESA 2 telah dikunjungi MILO pada pagi tadi sekitar jam 11 pagi dan semua murid begitu teruja untuk menikmati minuman kegemaran ramai itu pada waktu yang agak panas ^__^











PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2014


Pada 25 hingga 27 April yang lalu, telah berlangsung suatu Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah dan telah turut disertai oleh seramai sepuluh orang murid PPKIBP dan BD. Perkhemahan pada kali ini telah diadakan di SK Taman Desa 2 untuk julung-julung kalinya dan merupakan suatu pengalaman baharu bagi setiap murid apabila mereka berpeluang merasai tidur di dalam khemah. Ternyata mereka sangat seronok dan teruja untuk melalui setiap aktiviti sepanjang tiga hari berada di tapak perkhemahan.

Terdapat beberapa aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang tiga hari perkhemahan antaranya ialah, sesi 'ice breaking' pada hari pertama, aktiviti memasak, malam kebudayaan, dan 'night walk'. Kesemua peserta perkhemahan telah menunjukkan disiplin diri yang baik dan semangat kerjasama yang jitu antara setiap kumpulan serta mampu menonjolkan peibadi yang berhemah semasa menjalankan setiap aktiviti yang dianjurkan. 

Mari kita lihat antara momen-momen menarik yang sempat dirakamkan oleh guru-guru sepanjang tiga hari dua malam aktiviti perkhemahan berlangsung ^___^

Pertandingan memasak =)

khusyuknya mereka =)

Tekun!

sebahagian peserta perkhemahan bersama dengan hidangan ciptaan mereka =)


Antara peserta daripada murid PPKIBP =)





Solat maghrib secara berjemaah =)

Peserta menjamu selera di kantin sekolah =)

Sebahagian khemah para peserta =)


Semoga perkhemahan seperti ini akan dapat dijalankan di masa-masa akan datang demi melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan bersemangat juang yang tinggi =)

Monday 28 April 2014

 MTQ PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua =)
Pada tanggal 23 April 2014 bersamaan dengan hari Rabu yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas bagi peringkat Daerah  Gombak 2014 dengan jayanya. MTQ tersebut telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 dan insyaALLAH, SK Taman Desa 2 juga bakal menjadi tuan rumah bagi peringkat Negeri Selangor pula pada 6 Mei ini. 

Antara acara-acara yang telah dipertandingkan adalah seperti Pertandingan Bercerita Kisah Dalam Al-Quran (BD dan BP), Pertandingan Hafazan Al-Quran, Pertandingan Azan Subuh, Pertandingan Khat Jawi, dan Pertandingan Nasyid. Sekolah Kebangsaan Taman Desa 2 turut tidak ketinggalan untuk menghantar wakil bagi setiap pertandingan yang telah dijalankan.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadhrat Illahi kerana wakil murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) dan Bermasalah Dengar (BD) SK Taman Desa 2 telah berjaya merangkul kejuaraan dan tempat dalam beberapa  pertandingan yang dianjurkan. Antara kemenangan besar yang berjaya di ungguli adalah johan Pertandingan Azan Subuh, tempat ketiga bagi Pertandingan Nasyid dan Pertandingan Bercerita Kisah Dalam Al-Quran bagi BD. 

Mari kita lihat antara momen-momen yang sempat dirakamkan oleh guru-guru PPKIBP SKTD 2 sebelum, semasa dna selepas pertandingan berlangsung ^^
Majlis penyampaian hadiah juga telah diadakan di sekolah pada perhimpunan hari ini dan telah disempurnakan oleh Guru Besar SKTD 2, Cik Aminah bt Said dengan diiringi oleh GPK PPKIBP, En. Mohamad Zaidi bin Hj. Asmawi.

Riak wajah gembira yang telah ditunjukkan oleh peserta kumpulan nasyid bersama dengan piala yang telah dimenangi =)

Bergambar bersama PPM sebelum berangkat ke SMK Tamand Desa 2 =)


Majlis penyampaian hadiah kepada para pememnang =)



Majlis penyampaian hadiah dijalankan pada perhimpunan mingguan yang disampaikan oleh Guru Besar, Cik Aminah =)







Daniel Ezekial bersama trofi kejuaraan bagi Pertandingan Azan Subuh =)



Saturday 19 April 2014



LAWATAN KE AEON RAWANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)
Pada entri kali ini, warga PPKIBP SK Taman Desa 2 akan membawa anda semua melihat sekitar lawatan ke pusat membeli-belah AEON Rawang yang telah diadakan pada Khamis yang lepas.

Objektif utama lawatan ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid PPKIBP berkaitan dengan urusan jual dan beli di tempat-tempat membeli-belah khususnya. Jom kita lihat gambar-gambar sekitar program ini berlangsung ^^

Murid-murid sedang menunggu bas dengan penuh sabar.

PPM yang sangat ceria, Kak Ella dan Kak Mahimun.

Cikgu Malar bersama PPM, Kak Suzana.

PPM, Kak Lina dan Cikgu Hayati Hamid.

Aksi spontan mereka sebelum bertolak ke AEON Rawang.

GPK PPKIBP, Ustaz Zaidi sempat memberikan pose semasa mengiringi murid menaiki bas.


Cikgu Lin diapit oleh PPM, Kak Nurul dan Cikgu Suzila.

Wajah-wajah gembira semasa dalam perjalanan.