Tuesday 1 July 2014

MINGGU PANITIA PENDIDIKAN KHAS 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, salam 1Malaysia..
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadhrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan meninjau sekitar aktiviti yang telah berlangsung di kelas PPKI SK Taman Desa 2. 

Pada 23 hingga 27 Jun 2014 yang lalu, telah berlangsungnya Minggu Panitia Pendidikan Khas yang bertempat di SK Taman Desa 2 dan terdapat banyak aktiviti yang telah berjalan sepanjang minggu tersebut. Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan oleh semua murid dan warga PPKI ialah Pertandingan Melukis Poster dan Pertandingan Mewarna, aktiviti Sihat dan Ceria di Pendidikan Khas iaitu Pertandingan Explorace, Sambutan Majlis Hari Jadi, aktiviti Membuat Kraf/Permainan Tradisional dan Ceramah 'Kenali & Fahami Anak-anak Syurga serta kunjungan darpada syarikat roti Gardenia. 

Kesemua aktiviti yang direncanakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan amat positif dari semua pihak tidak kira guru-guru, murid-murid, pihak sekolah serta ibu bapa murid Pendidikan Khas. Tanpa sokongan dan kerjasama yang padu antara semua pihak, maka tidak mungkin pihak PPKI mampu untuk menjayakan Minggu Panitia Pendidikan Khas 2013 dengan mantap. 

Sesungguhnya, diharapkan agar aktiviti sebegini akan dapat dijalankan lagi di masa akan datang kerana banyak impak positif yang telah dapat diperolehi oleh semua pihak.














































No comments:

Post a Comment