Sunday 18 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2014

GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI

Pada 16 Mei 2014 bersamaan dengan hari Jumaat yag lalu, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Desa 2 yang bertempat di Persada Budaya SKTD 2. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi merupakan suatu tema yang amat bertepatan dengan peranan guru sebagai suatu agen yang kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 

Majlis yang penuh gilang-gemilang itu telah diraikan oleh seluruh warga SKTD 2 dengan bertemakan 'Back To School' dan berjaya mengimbau kembali momen-momen terindah semasa bergelar sebagai seorang murid suatu ketika dahulu. Tambah menarik, guru-guru telah berpakaian sekolah lengkap dan menjiwai watak murid semasa membuat persembahan untuk tontonan murid kesayangan. Antara persembahan yang telah dipersembahkan oleh warga SKTD 2 ialah pentomim, nyanyian, tarian dan sketsa yang sangat mencuit hati para murid. Ternyata, guru-guru amat komited dan bersungguh-sungguh semasa mempersembahkan persembahan kumpulan masing-masing dan murid amat teruja. 

Majlis tersebut telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori-kategori yang telah dipertandingkan. Warga sekolah telah dijamu dengan hidangan tengahari yang sangat sedap dan menyelerakan selepas sedikit kenduri doa selamat bertempat di kantin sekolah. 

Mari kita lihat foto-foto sekitar majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang sempat dirakamkan =)

Wajah-wajah ceria guru sebelum majlis bermula =)

Cikgu Yati dan Cikgu Ana yang segak berpakaian sekolah =)

Cikgu Mazni dan Ustaz Zaidi yang tampil bergaya dengan uniform sekolah =)

Warga PPKI SKTD 2 =)


Sebahagian guru-guru pada sambutan hari guru =)

Guru-guru yang sempoi =)

Wajah-wajah ceria =)

Guru-guru diarak masuk ke dewan utama =)

'Peace' =)

Tekun mendengar perutusan sempena hari guru =)

sebahagian guru-guru dan murid-murid yang hadir =)

Guru berpakaian seakan murid =) 

Cikgu Balqis dan Ustazah Nor =)

Sempat memberi pose yang bersahaja =)

Guru-guru gembira menonton persembahan =)

Wakil dari para pentadbir turut memberikan persembahan =)

Kumpulan dikir barat yang sangat havoc =)

Tekun menyaksikan persembahan =)

Persembahan dikir barat =)

Persembahan pentomim dari warga PPKI =)

Seronok bersembang =)

Sekitar babak lakonan =)

Meriah =)

Kad Jemputan ke Majlis Smabutan Hari Guru 2014 yang amat menarik =)

Sejambak bunga yang dihadiahkan kepada warga PPKI hasil sumbangan daripada ibu bapa murid PPKI =)



Cikgu Lehah yang cantik berbaju kurung sekolah =)

Cikgu Ana bersama anaknya =)

Cikgu Fauziah sempat memberikan pose menarik =)

Cikgu Kuna bersama jambangan bunga yang diterima =)


Antara murid-murid yang hadir =)

Sebahagian warga guru SKTD 2 =)

Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi =)

GPK PPKI, Ustaz Zaidi bersama Guru Besar SKTD 2, Cik Aminah =)

Kek Hari Guru 2014 =)

Senyum! =)




No comments:

Post a Comment