Thursday 25 June 2015

MINGGU KOKURIKULIM (KELAB KEUSAHAWANAN)

AKTIVITI MEMASAK PIZZA

Pada 13 Mei 2015 yang lalu, murid-murid Pendidikan Khas telah menjalankan minggu kokurikulum yang merupakan giliran bagi aktiviti Kelab dan Keusahwanan. Murid-murid telah membuat aktiviti memasak pizza dengan bantuan dan bimbingan daripada guru-guru. Mereka telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan telah di kawal selia oleh dua orang guru pembimbing. 

Pada permulaan aktiviti, guru terlebih dahulu menunjukkan demonstrasi bagaimana untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pizza. Murid-murid berasa amat teruja untuk menyediakan sendiri pizza dalam kumpulan masing-masing. 

Setelah ke semua pizza yang disediakan murid telah siap dibakar, mereka menikmati hidangan tersebut bersama ahli kumpulan dan melihat sendiri hasil yang dibuat. 

Aktiviti sebegini akan dapat memberi pendedahan yang berguna kepada murid-murid Pendidikan Khas tentang cara untuk menyediakan makanan sendiri di rumah dengan pantauan dari ibu bapa masing-masing. Hal ini akan dapat menjadikan murid lebih berdikari dan kreatif dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Puan Maszelin sedang memberikan penerangan tentang bahan-bahan untuk membuat pizza.

Murid-murid sedang tekun mendengar.

Bahan-bahan mentah yang diperlukan.

Tekun mendengar.

Puan Fauziah & Puan Amalina bersama bahan mentah untuk membuat pizza.

Antara bahan-bahan yang diperlukan.

Puan Maszelin sedang menyusun atur bahan di atas pizza sebelum dibakar di dalam ketuhar.

Murid sangat berminat untuk mempelajari cara membuat pizza.

Penuh tumpuan.

Pizza yang sedang dibakar di dalam ketuhar

Murid-murid sangat teruja.

Kumpulan Gayathri menunjukkan tanda bagus.

Murid-murid sangat seronok.

Antara bahan mentah yang perlu disediakan.

Setiap kumpulan perlu menyediakan pizza sendiri.

Murid-murid sedang tekun menyiapkan pizza mereka.

Hasil pizza yang telah siap dibakar.

Sungguh menyelerakan!

Puan Fauziah bersama kumpulan yang dibimbing.