Friday 20 March 2015

MINGGU KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 
AKTIVITI TREASURE HUNT

Pada 4 Mac 2015 yang lalu, Unit Beruniform Pengakap bagi PPKI SKTD 2 telah menjalankan aktiviti Treasure Hunt yang telah dikendalikan oleh Puan Fauziah Abdul Fatah dan Cik Wan Nur Afiqah binti Wan Azahar. Aktiviti ini telah disertai oleh murid PPKI dan telah dijalankan dalam 5 kumpulan di sekitar kawasan sekolah.

Aktiviti ini memerlukan setiap kumpulan bergerak ke lima buah stesen atau pun 'check point' berpandukan kepada kad klu yang diberikan kepada mereka. Setiap kumpulan perlu mengumpul lima keping puzzle daripada setiap stesen yang berkaitan dengan pengakap. Seterusnya, apabila setiap kumpulan sudah berjaya mengumpul ke semua kepingan puzzle, mereka haruslah menyambungkannya membentuk gambar yang lengkap. Kumpulan yang berjaya melengkapkan puzzle tersebut dikira sebagai pemenang.

Setiap kumpulan begitu teruja dan seronok sepanjang aktiviti ini berlangsung dan telah memberikan kerjasama yang baik semasa berada di dalam kumpulan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid! =)


Murid-murid sedang mendengar arahan guru.

Guru-guru  sedang mengatur murid.

Puzzle berkaitan Unit Beruniform Pengakap yang berjaya diselesaikan.

Tekun.

Murid tekun mendengar penerangan guru.

Ceria.

Tekun mendengar arahan.

Puan Fauziah sedang memberikan ucapan.

Suasana sebelum aktiviti berjalan.

Murid-murid tidak sabar memulakan aktiviti.

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DAERAH GOMBAK 2015

SEKITAR KEJOHANAN BALAPAN & PADANG 
PPKI DAERAH GOMBAK 
TAHUN 2015

Pada 10 Mac 2015 bersamaan dengan hari Selasa yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Daerah Gombak di SMK Bandar Tasik Puteri. Kejohanan tersebut telah bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dan telah melibatkan 28 buah sekolah di sekitar Derah Gombak yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi.

Kejohanan tersebut telah memaparkan acara-acara seperti 100 meter lelaki dan perempuan, 200 meter lelaki dan perempuan, 400 meter lelaki dan perempuan, 4x100 meter lelaki dan perempuan, lontar peluru, lompat jauh, lempar cakera dan rejam lembing.

Murid-murid Pendidikan Khas sama ada Bermasalah Pembelajaran atau pun Bermasalah Pendengaran telah menunjukkan kesungguhan dan kegigihan dalam setiap acara yang telah disertai dan hal ini telah membuatkan para tetamu yang hadir sangat berbangga dengan pencapaian murid-murid istimewa.

Semoga semangat kesukanan dalam diri murid-murid akan terus menyala dan dapat diketengahkan ke fasa yang seterusnya demi memastikan mereka tidak keciciran dari mendapat pendedahan dalam bidang sukan.


Puan Mazni bersama murid-murid PPKI SKTD 2.

Puan Suzana & Puan Norhayati sempat memberikan pose menarik.

Para peserta sedang berkumpul sebelum acara bermula.

Barisan guru PPKI SKTD 2 yang bersemangat dan ceria.

Acara 100 meter bagi kategori Down Syndrome.

Para peserta yang begitu bersemangat menyertai acara.


Puan Maszelin dan Puan Nor Aniroh serta Ustaz Zaidi yang begitu  ceria.

Adik Khadijah gembira bersama medal dan sijil kemenangan.

Aksi menarik di balapan.

Para peserta begitu bersemangat menghabiskan larian mereka.

Majlis Penutup sedang berlangsung.

Alhamdulillah =)

Adik Eqffan bersama medal dan sijil kemenangan.

Gembira.

Adik Gayathri bersama medal dan sijil kemenangan.

Tahniah diucapkan!