Thursday 5 November 2015

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN MESIN FOTOSTAT OLEH BANK ISLAM

Pada 28 September 2015 yang lalu, telah berlangsungnya majlis penyerahan sumbangan mesin fotostat oleh pihak Bank Islam yang bertempat di Bilik RESOS PPKI SK Taman Desa 2. Majlis tersebut telah dihadiri oleh individu-individu penting yang juga merupakan orang kuat dari Bank Islam dan telah turut dihadiri oleh Guru Penolong Kanan 1, Encik Abdul Halid sebagai perasmi bagi acara penyerahan tersebut.

Warga PPKI SKTD 2 amat berbesar hati dengan sumbangan amal yang telah disampaikan oleh Bank Islam dan mudah-mudahan, sumbangan tersebut akan dapat memberikan seribu satu makna dan impak positif dalam usaha menaiktaraf PPKI ke arah yang lebih baik di masa akan datang. 


Ustaz Zidi selaku GPK P.Khas sedang memasang sticker pada mesin fotostat.

Tekun.

GPK PPKI sedang menerima kedatangan pihak Bank Islam ke PPKI.

Ustaz Zaidi besama orang kuat Bank Islam.

Orang kuat Bank Islam.

En. Abdul Halid, GPK 1 sedang memberikan ucapan pembuka.

Beramah mesra.

Sesi penyampaian sticker untuk dilekatkan pada mesin fotostat yang disumbangkan.

Sesi bergambar

Ceria.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak Bank Islam atas sumbangan ini.

Amal Bank Islam.

Mantap.

Tuesday 3 November 2015

~SAMBUTAN HARI RAYA PENDIDIKAN KHAS SKTD2 2015~

Pada 14 Ogos 2015 yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi SKTD 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Majlis tersebut telah diadakan di Taman Permata Hatiku dan bermula sekitar jam 9.00 pagi. 

Semua murid pendidikan amat teruja untuk berada di dalam majlis tersebut di mana mereka semua dapat berkumpul bersama rakan-rakan dan dapat menikmati juadah raya yang dihidangkan oleh guru serta yang telah dibawa dari rumah masing-masing.

Sebahagian barisan guru-guru PPKI.

Wajah-wajah ceria.

Murid-murid K1 sedang mempersembahkan sebuah lagu raya.

Aksi-aksi ceria.

Pelbagai juadah yang sedap dan menarik.

Murid-murid PPKI gembira dapat berkumpul bersama.

Sebahagian murid-murid PPKI SKTD 2.

Menyelerakan.

Murid-murid sedang menjamu selera.

Meriah.



PERSATUAN PENGAKAP

AKTIVITI JENIS SIMPULAN TALI

Murid-murid Pendidikan Khas telah didedahkan dengan aktiviti jenis simpulan tali yang sering digunakan dalam persatuan ini. Guru-guru Pendidikan Khas telah menjadi fasilitator bagi lima kumpulan yang telah dibahagikan pada awal aktiviti berjalan. Puan Mazni telah menjadi guru yang memberikan panduan untuk mengikat tali dengan cara yang betul. 

Aktiviti sebegini berupaya dalam membantu murid-murid untuk terdedah kepada cara membuat ikatan atau simpulan asas yang boleh diguna pakai sekiranya berada di dalam hutan semasa program perkhemahan.

Puan Mazni memberikan penerangan kepada murid.

Setiap kumpulan sedang tekun mendengar arahan.

Setiap murid mencuba cara membuat ikatan yang telah diajar oleh Puan Norhayati.

Tekun.

Puan Aamalina bersama kumpulan 3.

Wajah ceria setelah siap membuat ikatan yang dipelajari.

Eqfan tidak ketinggalan untuk mempelajari ikatan.

Bersemangat dalam membuat ikatan.

Saturday 1 August 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPKI SKTD 2

Lawatan Sambil Belajar Ke Farm In The City

Pada 30 Julai 2015 yang lalu, PPKI SK Taman Desa 2 telah melaksanakan program Lawatan Sambil Belajar ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan. Lawatan tersebut telah disertai oleh seramai 30 orang murid dan 13 orang guru serta 4 orang ppm. Kami telah bertolak pada jam 9 pagi dengan menaiki sebuah bas dan tiba di tempat lawatan pada jam 10.15 pagi. 

Setibanya di sana, murid-murid telah disambut baik oleh petugas-petugas di sana dan terlebih dahulu, guru telah membuat pendaftaran dan pembayaran di kaunter. Murid-murid pendidikan khas berasa amat teruja dan tidak sabar untuk melihat dan menyentuh haiwan-haiwan jinak yang terdapat di sana. 

Murid-murid berpeluang untuk melihat dan menyentuh haiwan-haiwan jinak seperti rusa, burung kakak tua, arnab dari pelbagai baka dan saiz, ayam, lembu, kambing, kura-kura dan pelbagai lagi spesis haiwan yang comel dan jinak. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan tersebut di bawah jagaan petugas dan guru-guru. Ternyata, lawatan sebegini dapat memberi peluang dan ruang kepada murid-murid istimewa ini untuk berada lebih dekat dengan haiwan jinak di samping dapat menjadi suatu terapi motor halus dan terapi haiwan bagi mereka. 

Diharapkan agar, lawatan sebegini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang supaya murid-murid akan dapat merasai suasana sebenar di luar bilik darjah dan menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain.












Thursday 25 June 2015

MINGGU KOKURIKULIM (KELAB KEUSAHAWANAN)

AKTIVITI MEMASAK PIZZA

Pada 13 Mei 2015 yang lalu, murid-murid Pendidikan Khas telah menjalankan minggu kokurikulum yang merupakan giliran bagi aktiviti Kelab dan Keusahwanan. Murid-murid telah membuat aktiviti memasak pizza dengan bantuan dan bimbingan daripada guru-guru. Mereka telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan telah di kawal selia oleh dua orang guru pembimbing. 

Pada permulaan aktiviti, guru terlebih dahulu menunjukkan demonstrasi bagaimana untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pizza. Murid-murid berasa amat teruja untuk menyediakan sendiri pizza dalam kumpulan masing-masing. 

Setelah ke semua pizza yang disediakan murid telah siap dibakar, mereka menikmati hidangan tersebut bersama ahli kumpulan dan melihat sendiri hasil yang dibuat. 

Aktiviti sebegini akan dapat memberi pendedahan yang berguna kepada murid-murid Pendidikan Khas tentang cara untuk menyediakan makanan sendiri di rumah dengan pantauan dari ibu bapa masing-masing. Hal ini akan dapat menjadikan murid lebih berdikari dan kreatif dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Puan Maszelin sedang memberikan penerangan tentang bahan-bahan untuk membuat pizza.

Murid-murid sedang tekun mendengar.

Bahan-bahan mentah yang diperlukan.

Tekun mendengar.

Puan Fauziah & Puan Amalina bersama bahan mentah untuk membuat pizza.

Antara bahan-bahan yang diperlukan.

Puan Maszelin sedang menyusun atur bahan di atas pizza sebelum dibakar di dalam ketuhar.

Murid sangat berminat untuk mempelajari cara membuat pizza.

Penuh tumpuan.

Pizza yang sedang dibakar di dalam ketuhar

Murid-murid sangat teruja.

Kumpulan Gayathri menunjukkan tanda bagus.

Murid-murid sangat seronok.

Antara bahan mentah yang perlu disediakan.

Setiap kumpulan perlu menyediakan pizza sendiri.

Murid-murid sedang tekun menyiapkan pizza mereka.

Hasil pizza yang telah siap dibakar.

Sungguh menyelerakan!

Puan Fauziah bersama kumpulan yang dibimbing.