Sunday 21 September 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua =)

Bersyukur kerana kita dapat berjumpa lagi dalam ruangan ini.
Kali ini warga PPKI SK Taman Desa 2 ingin berkongsi pengalaman manis dan foto-foto menarik sepanjang kami mengadakan Lawatan ke Legoland yang terletak di negeri Johor Bahru Darul Takzim pada 11 September 2014 yang lalu.

Perjalanan yang bermula pada hari Jumaat iaitu jam 12.05 tengah malam telah disertai oleh seramai 41 orang termasuklah guru-guru dan anak guru dan hanya sehari keberadaan kami di sana. Semua murid dan guru amat teruja dan seronok sepanjang berada di sana kerana berpeluang untuk merasai pengalaman bermain pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan seperti 'roller coaster', permainan bot, menara tinjau dan bermacam-macam lagi.