Sunday 3 August 2014


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM & ANAK-ANAK PENDIDIKAN KHAS DI MASJID SUNGAI SERAI, KUANG.

Pada 14 Julai 2014 yang lepas, sebahagian murid-murid Pendidikan Khas SK Taman Desa 2 telah diundang untuk menghadiri suatu majlis berbuka puasa bersama Datin Zarina yang bertempat di Masjid Sungai Serai, Kuang. Seramai 20 orang murid PPKI telah menghadiri majlis tersebut dan mereka telah dihidangkan dengan juadah nasi arab yang amat enak selepas menunaikan solat maghrib. 

Usai solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah, murid-murid Pendidikan Khas telah diberikan sedikit sumbangan ikhlas daripada Datin Zurina sekeluarga yang juga merupakan ibu kepada tiga orang Equstrian Negara iaitu Quzir Ambak, Qabil Ambak dan Quzandria Ambak. Semoga Allah SWT akan sentiasa melimpahkan rahmat kepada Datin Zurina sekeluarga di atas keprihatinan kepada warga PPKI dan anak-anak yatim.