Sunday 29 June 2014

MAJLIS MERAIKAN PERPISAHAN PUAN BALQIS BT. MUSA 

TEMPAT : KANTIK SK TAMAN DESA 2 & RESTORAN MARCHE' MUTIARA DAMANSARA

Entri pada kali ini akan membawa pembaca untuk melihat sekitar Majlis Jamuan Perpisahan Puan Balqis bt. Musa yang akan bertukar ke sebuah sekolah di ibu kota iaitu SK Jalan Batu (L), Kuala Lumpur. Puan Balqis yang juga lebih dikenali sebagai Cikgu Balqis telah berkhidmat selama lebih kurang 6 tahun di SK Taman Desa 2 dan sudah semestinya kehilangan dan pemergian beliau ke sekolah baharu akan diridui oleh seluruh warga sekolah terutamanya warga PPKI SK Taman Desa kelak. Sesungguhnya telah banyak sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan oleh Puan Balqis sepanjang keberadaan beliau di sekolah ini dan pasti akan dikenang oleh semua guru-guru dan murid-murid sehingga ke akhir hayat.

Majlis perpisahan tersebut telah diadakan di kantin SK Taman Desa 2 dan telah dihadiri oleh semua guru sekolah serta turut diadakan secara tertutup oleh warga PPKI di sebuah restoran di ibu kota iaitu Restoran Marche' Mutiara Damansara.