Sunday 21 September 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua =)

Bersyukur kerana kita dapat berjumpa lagi dalam ruangan ini.
Kali ini warga PPKI SK Taman Desa 2 ingin berkongsi pengalaman manis dan foto-foto menarik sepanjang kami mengadakan Lawatan ke Legoland yang terletak di negeri Johor Bahru Darul Takzim pada 11 September 2014 yang lalu.

Perjalanan yang bermula pada hari Jumaat iaitu jam 12.05 tengah malam telah disertai oleh seramai 41 orang termasuklah guru-guru dan anak guru dan hanya sehari keberadaan kami di sana. Semua murid dan guru amat teruja dan seronok sepanjang berada di sana kerana berpeluang untuk merasai pengalaman bermain pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan seperti 'roller coaster', permainan bot, menara tinjau dan bermacam-macam lagi.





























Sunday 3 August 2014


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM & ANAK-ANAK PENDIDIKAN KHAS DI MASJID SUNGAI SERAI, KUANG.

Pada 14 Julai 2014 yang lepas, sebahagian murid-murid Pendidikan Khas SK Taman Desa 2 telah diundang untuk menghadiri suatu majlis berbuka puasa bersama Datin Zarina yang bertempat di Masjid Sungai Serai, Kuang. Seramai 20 orang murid PPKI telah menghadiri majlis tersebut dan mereka telah dihidangkan dengan juadah nasi arab yang amat enak selepas menunaikan solat maghrib. 

Usai solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah, murid-murid Pendidikan Khas telah diberikan sedikit sumbangan ikhlas daripada Datin Zurina sekeluarga yang juga merupakan ibu kepada tiga orang Equstrian Negara iaitu Quzir Ambak, Qabil Ambak dan Quzandria Ambak. Semoga Allah SWT akan sentiasa melimpahkan rahmat kepada Datin Zurina sekeluarga di atas keprihatinan kepada warga PPKI dan anak-anak yatim. 
















Wednesday 9 July 2014

~MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI AKTIVITI MEWARNA & EXPLORACE SEMPENA MINGGU PANITIA PENDIDIKAN KHAS SKTD 2~

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua =)
Apa khabar? Semoga sentiasa ceria dan sihat di samping insan tersayang..
Kali ini, blog PPKI SK Taman Desa 2 akan membawa anda melihat sekitar majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan pertandingan Explorace yang telah dijalankan sempena dengan Minggu Panitia Pendidikan Khas.

Murid-murid Pendidikan Khas begitu bersemangat dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah dilaksanakan dan oleh yang demikian, pihak PPKI mengadakan suatu majlis penyampaian hadiah telah kepada para pemenang untuk menjadikan murid-murid lebih bermotivasi di masa akan datang dalam apa-apa jua program yang akan dianjurkan kelak.

Sebahagian warga PPKI SK Taman Desa 2

Barisan pentadbir dan guru 

GPK Pendidikan Khas, Ustaz Zaidi menyampaikan hadiah kepada pemenang

GPK Pendidikan Khas, Ustaz Zaidi menyampaikan hadiah kepada pemenang

GPK Pendidikan Khas, Ustaz Zaidi menyampaikan hadiah kepada pemenang

GPK Pendidikan Khas, Ustaz Zaidi menyampaikan hadiah kepada pemenang

GPK Pendidikan Khas, Ustaz Zaidi menyampaikan hadiah kepada pemenang